Rabu, 29 Oktober 2008

Projek yang ke-2, Nazo no Kanojo X c00 bhg.B

Sorry la lewat... dan Ini harap2 korang x marah ye...~~~ dan link untuk torrent serta yang lain2 akan keluar hari sabtu...dan terima kasih di atas pertolongan h3nshin_h3r03s dalam cleaner dan editing~

Wokeh, kat bawah ni link download yang lain:

MegaUpload | MediaFire | SendSpace | Torrent

Khamis, 9 Oktober 2008

Projek yang ke-2, Nazo no Kanojo X c00 bhg.A

Projek yang ke-2 kita 2 orang. Tapi bebetul tak sangka ambil masa dekat sebulan nak setelkan yang ni.  Mana tak-nya kalau bahagian ni ada 82 muka + time bulan puasa + lagi dah nak raya memang makin lambat la kerjanya.

Apa pun aku 'amik' keputusan keluarkan versi BM untuk nazo no kanojo x 'coz' art work dia yang seakan 'old school' tapi idea agak moden lagi pelik tapi memang best (apa benda ayat aku ni daa):D
Jadi korang 'try' ar baca.   

Buat masa ni aku baru setelkan muka 1-40., separuh dari c00 jadi aku letakkan 'partA' dulu wat masa ni. 'PartB' keluar dalam minggu depan paling cepat ar.

Link Nazo no Kanojo X c00A :

MegaUpload  |  MediaFire  |  SendSpace  |  Torrent

Isnin, 8 September 2008

Umi no Misaki c01 ver2

Eh, minta maaf bebanyak. Tak perasan la pulak yang aku dah tersilap letak file tak beredit kat dalam pekej UnM c01.  Jadi aku ubah balik dan buat sikit perubahan termasuk cover page UnM volume 1.

Ahad, 31 Ogos 2008

Projek yang pertama, Umi no Misaki.




Ok, ini manga yang aku dah plan dekat sebulan. Asalnya manga ni dah lama keluar untuk versi inggeris oleh group Solaris-SVU. Jadi aku mintak kebenaran dari diaorang yang aku nak gunakan alih bahasa inggeris diaorang sebagai rujukan. Dapat la lampu Hijau.

Yang menjadi masalah aku, xda Adobe Photoshop/Illustrator dan aku tak reti camner nak guna.
Jadi aku belajar sikit demi sedikit. Akhirnya, semalam baru siap.

Buat masa ni aku guna SendSpace untuk sebarkan fail ni. Masa akan datang mungkin aku tambah mana yang mudah.

Apa pun, enjoy :D

Link : Umi no Misaki c1

Sabtu, 30 Ogos 2008

PEMBUKAAN.

AKHIRNYA, siap jugak blog ni.

Blog ni adalah khusus untuk keluaran manga yang sudah di alih bahasa dari jpn/eng/cina ke bahasa melayu.

Kenapa nak terbitkan?

Kerana manga kat sini adalah manga yang tak keluar @ mustahil keluar di pasaran Malaysia disebabkan tiada syarikat yang ambil untuk dipasarkan dan disebabkan kandungan manga yang dikategorikan ecchi yang tak sesuai untuk bacaan bawah 13.

Ada banyak manga kat luar sana (internet) yang best belaka. Tapi tak ramai yang baca coz tak tertarik dengan tajuk.

Jadi blog ni akan memperkenalkan manga yang best pada pendapat aku.

Lagi satu aku buat benda ni saja cari pengalaman dan merasa macamana nak terbitkan manga versi bahasa melayu seperti group yang ada kat luar sana terbitkan dalam versi enggeris.

Buat masa ni hanya ada 2 orang saja ahli. Yang pertama aku, a1047 dan munak007.

Apa pun aku cuba buat yang terbaik :D