Ahad, 31 Ogos 2008

Projek yang pertama, Umi no Misaki.




Ok, ini manga yang aku dah plan dekat sebulan. Asalnya manga ni dah lama keluar untuk versi inggeris oleh group Solaris-SVU. Jadi aku mintak kebenaran dari diaorang yang aku nak gunakan alih bahasa inggeris diaorang sebagai rujukan. Dapat la lampu Hijau.

Yang menjadi masalah aku, xda Adobe Photoshop/Illustrator dan aku tak reti camner nak guna.
Jadi aku belajar sikit demi sedikit. Akhirnya, semalam baru siap.

Buat masa ni aku guna SendSpace untuk sebarkan fail ni. Masa akan datang mungkin aku tambah mana yang mudah.

Apa pun, enjoy :D

Link : Umi no Misaki c1

Sabtu, 30 Ogos 2008

PEMBUKAAN.

AKHIRNYA, siap jugak blog ni.

Blog ni adalah khusus untuk keluaran manga yang sudah di alih bahasa dari jpn/eng/cina ke bahasa melayu.

Kenapa nak terbitkan?

Kerana manga kat sini adalah manga yang tak keluar @ mustahil keluar di pasaran Malaysia disebabkan tiada syarikat yang ambil untuk dipasarkan dan disebabkan kandungan manga yang dikategorikan ecchi yang tak sesuai untuk bacaan bawah 13.

Ada banyak manga kat luar sana (internet) yang best belaka. Tapi tak ramai yang baca coz tak tertarik dengan tajuk.

Jadi blog ni akan memperkenalkan manga yang best pada pendapat aku.

Lagi satu aku buat benda ni saja cari pengalaman dan merasa macamana nak terbitkan manga versi bahasa melayu seperti group yang ada kat luar sana terbitkan dalam versi enggeris.

Buat masa ni hanya ada 2 orang saja ahli. Yang pertama aku, a1047 dan munak007.

Apa pun aku cuba buat yang terbaik :D